-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, October 22, 2012

PENDAFTARAN FREE MEMBER GCP


INGIN MENJADI "FREE MEMBER"




BOLEH KEY IN DI LINK BERIKUT:-





Kelebihan sebagai free member GCP:


1. Borang pendaftaran yang disediakan adalah untuk free member dan bagi memudahkan urusan pelanggan yang mahu membuat tempahan terus melalui website. 

2. Pelanggan tidak perlu menghubungi dealer untuk membuat tempahan, tempahan terus boleh dilakukan melalui website. Pelanggan boleh membuat tempahan 24 jam 7 hari seminggu melalui website tersebut. 

3. Pelanggan juga boleh memilih samada mahu menjadi free member atau pengedar berbayar. Selepas pelanggan mendaftar percuma, username dan password akan dihantar melalui email untuk login. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh dalam tempoh 24 jam selepas membuat tempahan, mengikut harga web customer dan pelanggan juga boleh tulis pada ruangan remark, jika ada sebarang pesanan. 

4.Free Member boleh upgrade sbg pengedar sah bila2 masa selepas caj pengedar RM1000 di bayar kpd GCP.


5. Kos penghantaran adalah percuma, samada penghantaran melalui dealer berkenaan atau terus kepada customer. (risiko kehilangan ditanggung sendiri)


6.Free member Boleh dapat maklumat terkini tentang promosi yang dibuat oleh pengedar melalui sms dan email.


7. Mereka juga boleh dapat bimbingan dan maklumat berguna ttg perniagaan dan simpanan emas daripada pengedar dari semasa ke semasa.



DEALER GCP:-
0139431679 / 0129984731


Friday, October 12, 2012

Harga Emas sedang menuju ke arah usd2500/oz




Harga Emas sedang menuju ke arah usd2500/oz iaitu lebih kurang rm247/g!

Dapatkan berita sahih di Berita Harian hari ini atau baca di sini :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasmampucecahAS_2_500seauns/Article

Masih mahu menunggu?Jangan buang masa anda..
Masa itu emas,emas itu "real money"

Jika anda mahu menikmati keuntungan simpan emas tahun depan, jom mula beli sekarang sementara harganya masih mampu milik....dapatkan harga emas istimewa hanya di GCP

Perhatian,GCP hanya menjalankan perniagaan jual dan beli emas sahaja,tidak terlibat dengan sebarang skim yang menjanjikan pulangan bulanan dan urusniaga kami sama mcm kedai emas.Harap maklum.

Berminat nak dapatkan emas anda hari ini?Atau ingin daftar sebagai pengedar untuk dpt harga borong dan pelbagai keistimewaan?


Hubungi:-




Monday, October 8, 2012

KENAPA GCP?

Assalamualaikum sahabat-sahabat ku...


Gambar atas:- lambang sebuah syarikat emas yang aku join seminggu sebelum kelahiran anak lelaki sulungku. Alhamdulillah dgn izinNYA, (henti jap azan berkumandang).... 15 minit kemudian, (sambung balik)... Alhamdulillah dengan izin Allah Ta'ala, selama lebih setahun survey, aku telah memilih Goldcrest Pavilion (GCP) untuk meneruskan minat saya tentang EMAS@GOLD@DINAR... Pada 26 Mac 2012, Isnin:- Aku bergelar DEALER GCP @ TOKEY EMAS @ JUTAWAN EMAS (AD2986)... 

Mula-mula berminat dengan emas, bila Kerajaan NEGERI KELANTAN telah mengeluarkan DINAR sebagai muamalah dalam perniagaan (dh lupa tahun bila) tapi belum nak survey @ mencari2 apa kelebihan emas... Sebelum ni pun dah beli emas utk isteri Rantai @ Gelang... Bermulanya aku dah tergila-gila dengan pada tahun 2010... Aku cari semua artikel2 tentang emas, aku baca dh melihat pergerakan emas (peningkatan yg tinggi sepanjang tahun, menyebabkan aku dh bertambah gila kepada emas (tapi masih belum nak mencuba join mana2 sykt emas di Malaysia)... hanya beli rantai utk isteriku tersayang dikedai2 emas... Lama jgk aku survey, macam2 artikel aku baca, macam2 blog@web aku layari... masih belum terbuka hati aku untuk sertai mana2 sykt emas, sbb kos utk jadi dealer mahal sangat...

Sehinggalah pada pertengahan bulan Mac, aku terbaca satu artikel di blog Jutawangold, blog milik Cikgu Fazilah... dh lama aku link kt blog aku, banya baca ttg emas je, tak tgk lg bhgn post ttg jadi dealer... Pada masa tu aku lihat tawaran yg menarik ditawarkan oleh sebuah sykt emas, hanya RM1000 shj utk jadi dealer,  DEALER GCP... Sebab paling utama, KOS JADI DEALER HANYA RM1000 SHJ, bayar RM1000 dh jadi TOKEY EMAS tak perlu ada kedai...

Cikgu Fazilah lah yang banyak membantu saya sebelum jadi Dealer GCP, dan xsilap saya pilih Introduser... Alhamdulillah, dgn bantuan Cikgu Fazilah, nasihat, motivasi yg diberi oleh beliau, emas sy bertambah, dn yg paling penting ILMU EMAS bertambah yg nilai nye melebihi nilai emas...

Sebab-sebab lain, GCP adalah SYARIKAT BUMIPUTRA MUSLIM... Lagi-lagi !!! 30% daripada kos jadi dealer, AKAN DIDERMAKAN KE TEMPAT SEPERTI MASJID, RUMAH ANAK2 YATIM, PUSAT HAFIZ & LAIN TEMPAT UNTUL AMAL JARIAH... 

Apa lagi ye... tengok lah kt bawah nie...


lagi-lagi...


tengok bawah lagi...




haaah... BOSS SENDIRI YANG BAGITAU....




IKLAN FREE - SEBAGAI PENGANJUR SEMINAR TMJE DI KLUANG





APA LAGI KORANG MENUNGKAN...

HUBUNGI:



Monday, September 10, 2012

Beli Emas secara Ansuran @ Kutu dari perspektif Islam: Boleh atau Tidak?


Ramai yang keliru bab ini. Termasuklah saya sendiri beberapa tahun yang lepas. Bila sampai satu masa, saya pernah tinggalkan pembelian emas secara ansuran kerana ragu-ragu, sehinggalah saya jumpa jawapan yang saya amat pasti dan yakin sekali ianya harus.
Ramai pihak hanya merujuk kepada fatwa berikut: e-fatwa (Parameter Pelaburan Emas)
Tahukah anda sebenarnya perkara ini ada khilaf ulama, maka janganlah kita memaksa pihak lain mengikut fatwa ini semata-mata begitulah sebaliknya.

Beli emas secara ansuran atau kutu ini dari perspektif Islam, boleh atau tidak?

Wang kertas ada khilaf,ulama’ ada cakap setaraf emas,ada cakap tak.Saya iktikad tak sebab dia susut nilai dan penyusutan nilai wang kertas ini adalah riba’ tersembunyi.
So macam iktikad khilaf asb,ada cakap haram,ada cakap harus.Pilihan masing2,so bila saya iktikad wang kertas tak setaraf emas,maka saya bukan bayar emas dengan emas.
Siapa iktikad setaraf emas dgn wang kertas, maka bila dia berbelanja wang kertas mcm dia belanja emas. Jadi pada yang iktikad tak setaraf emas dgn wang kertas tu, dia tak termasuk dalam syarat jual beli emas dgn emas mesti tunai dan serahan maksimum 3 hari itu.
Siapa iktikad setaraf, dia mesti patuh dgn syarat tunai dan tak lebih 3 hari.Ini berdasarkan pembacaan dan iktikad, mcm biasa, dlm bab khilaf tak boleh paksa2 org ikut kita.
Mcm saya, iktikad saya wang kertas tak setaraf emas dan asb haram, jadi saya buat apa yg saya belajar dan faham, tapi saya tak pernah paksa org ikut saya, sbb saya faham dalam hal khilaf, pilihan masing2. Kita org awam, ulama’ berselisih pendapat berdasarkan ilmu dia, so, kita pilih la ulama’ mana kita nak ikut selagi selari dgn Islam.

Berminat nak beli emas secara ansuran?

HUBUNGI SAYA:-

 












Boleh rujuk links ini:- http://alaisyrichlinks.blogspot.com/2012/07/geng-kutu-emas.html

Copy from: Jutawangold.

BELIAN 500 GRAM EMAS GCP...




Sunday, August 5, 2012

Ramalan Berlaku Krisis Ekonomi Yang Teruk:- Boleh Hancurkan Ekonomi Kapitalis


Pakar2 ekonomi dunia meramalkanakan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi). 

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji sistem kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :- 
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)


Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THEDEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. 
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-


MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large
imbalance of growing indebtedness by the US is a risk
not only for the US economy, but for the world
economy.


Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over
time there is only one direction for the dollar to go
lower.
 
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we
view them as TIME BOMBS both for the parties that deal
in them and the economic system.
Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,
we have a 75% chance of a crisis within 5 years.




Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan
pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku
ni, terpulang lah. Wallahualam.

Copy from:- SmeltersGoldSilver

Tuesday, July 31, 2012

Kisah Benar Tentang Emas


Apa yang menarik apa bila kita sebagai peniaga kecil menjadikan EMAS fizikal sebagai modal adalah... 
Modal kita sentiasa dilindungi dari inflasi dan kita mampu mencapai maksud yang diingini pada bila-bila masa... 
Contohnya lihat saja beza nilainya dalam RM dengan berat yang sama pada Rantai Tangan(RT) yang beratnya 30.50g hanya dalam masa 3 bulan...
Sekian perkongsian ilmu emas hari ini ...
Kredit:- GoldMan

Tuesday, July 10, 2012

50 Fakta Menarik Tentang Emas Jarang Diceritakan...

Untuk mereka yang ada masa terluang dan ingin mengetahui 50 fakta berkaitan emas yang jarang diperkatakan, sila baca 50 fakta tersebut di bawah:

1. Perkataan “gold” berasal dari perkataan Lama Bahasa Inggeris “geolu,” bermaksud kuning.
2. Keluli dicipta lebih banyak dalam masa sejam daripada emas digali sepanjang sejarah.
3. Sekitar 161,000 tan emas yang telah dilombong oleh manusia.
4. Emas boleh didapati bawah bumi ke atas semua tujuh benua.
5. Adalah dipercayai bahawa kira-kira 80% daripada emas bumi masih ditanam di dalam tanah.
6. Terdapat jumlah anggaran 10 bilion tan emas di lautan dunia. Itu adalah 25 tan emas bagi setiap kilometer padu air laut.
7. Vending mesin emas pertama di dunia telah diumumkan pada bulan Mei 2010. Terletak di hotel ultra-mewah di Abu Dhabi, mesin layan diri sendiri dilindungi dalam emas 24-karat.
8. Matawang kebanyakkan ekonomi barat adalah menggunakan standard emas sehingga tahun 1961.
9. Switzerland adalah negara terakhir whosecurrency terikat kepada emas. 40% Franc Switzerland telah disokong oleh emas sehingga Switzerland menyertai IMF pada tahun 1999.
10. Emas yang diadakan di Fort Knox diambil kira oleh Amerika Syarikat sebagai aset bernilai $ 44,22 per auns.
11. Sehingga 31 Disember, 1941 Fort Knox telah mengadakan 649600000 auns emas.
12. Hari ini, Fort Knox memegang kira-kira 147,3 juta auns.
13. Saiz bar emas standard 7 “oleh 3 dan 5/8″ oleh 1 dan 3/4 ”
14. Alkimia percaya mereka boleh menukar bahan biasa, seperti plumbum menjadi emas.
15. Karat A ialah asalnya satu unit jisim berdasarkan benih carob yang digunakan oleh pedagang purba.
16. Duit syiling emas yang paling mahal di dunia ialah 1933 Double Eagle, yang dijual di Sotheby di New York pada tahun 2002 untuk $ 7,59 juta.
17. Elvis Presley memiliki tiga kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat Motor Stutz, di mana tiap-tiap bahagian yang biasanya krom telah ditukar kepada emas.
18. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tyco International, Dennis Kozlowski membeli tirai mandi-threaded emas bernilai $ 6,000.
19. Logam mulia, emas adalah terdedah tidak berkarat tidak mencemarkan dan tidak membentuk sebuah filem oksida pada permukaannya apabila tersentuh dengan ai
20. Terdapat 92 semulajadi unsur-unsur yang ditemui di kerak bumi. Emas di kedudukan 58 dalam kelangkaan.
21. Simbol kimia bagi emas ialah Au, yang berasal dari “aurum,” perkataan Latin yang bermaksud “subuh berkilat.”
22. Emas yang benar-benar tulen adalah terlalu lembut yang boleh dibentuk dengan tangan.
23. Takat lebur emas ialah 2063 darjah Fahrenheit.
24. Emas adalah konduktor elektrik.
25. Emas adalah logam yang paling boleh tempa dan mulur tulen yang diketahui oleh manusia.
26. Satu auns emas boleh ditempa menjadi kertas yang seluas 100 kaki persegi.
27. Pada tahun 1869, dua rakyat Australia mengali nuget terbesar di dunia emas, “Clemens Selamat Datang,” yang diukur 10 sebanyak 25 inci sebelum ia telah dilelehkan.
28. Yang terbesar nuget masih wujud adalah “Tangan Iman,” ditemui pada tahun 1980 di Australia. Buat masa ini pada paparan di Golden Nugget Casino di Las Vegas.
29. Nuget emas yang ditemui di bumi boleh 3-4 kali yang berharga seperti emas ia mengandungi kerana hal yg jarang sekali.
30. Emas paling berat moden syiling Austria Filharmonik. Pada tahun 2004, duit syiling, yang mempunyai berat 1.000 auns (31,1 kilogram atau 69 paun troy atau 828 troy auns) dan diameter 15 inci, digelar emas syiling terbesar di dunia oleh Guinness World Rekod.
31. Pada tahun 2007, Kanada membuat 100kg (3,217 troy auns), 0,99999 emas syiling dengan nilai muka sebanyak $ 1.000.000.
32. Emas tulen tidak menyebabkan kegatalan kulit.
33. Sesetengah pesakit artritis reumatoid menerima suntikan cecair emas untuk melegakan kesakitan.
34. Olimpik pingat emas adalah emas tulen sehingga 1912.
35. Satu auns emas boleh dibuat ke dalam dawai yang panjangnya 60 batu.
36. Dua pertiga daripada emas di dunia datang dari Afrika Selatan.
37. India merupakan pengguna terbesar di dunia emas hari ini.
38. Perhiasan Asia Selatan adalah umumnya lebih tulen daripada perhiasan barat, terdiri daripada 22 karat emas daripada 14 karat.
39. Emas adalah mineral negeri California dan Alaska.
40. 90% daripada perlombongan emas di dunia telah dilakukan sejak penemuan emas di Kilang di California Sutter pada tahun 1848.
41. Semasa gold rush California, beberapa spekulator membayar lebih untuk satu auns air daripada mereka yang diterima untuk satu auns emas.
42. Dakota Selatan dan Nevada menghasilkan emas lebih daripada mana-mana negeri-negeri lain.
43. Saintis percaya bahawa emas boleh didapati di Marikh, Utarid dan Venus.
44. Penyelia topi keledar angkasawan disalut dalam satu lapisan yang sangat nipis, telus emas (0,000002 inci) yang mengurangkan silau dan haba daripada cahaya matahari.
45. Perkataan Aztec untuk emas, “teocuitatl,” telah diterjemahkan oleh orang Eropah sebagai bermakna “najis tuhan-tuhan.”
46. Menurut legenda El Dorado (hujungnya), ketua Andean yang diliputi dalam debu emas akan membuat tawaran emas ke dalam tasik gunung.
47. Bukti menunjukkan bahawa sekitar 5,000 SM, emas dan tembaga menjadi logam pertama yang ditemui oleh manusia.
48. Raja orang yg sangat kaya Lydia menciptakan syiling emas pertama yang tulen pada tahun 540 SM
49. Apabila Franklin Roosevelt menaikkan harga emas dari $ 20,67 $ 35 pada tahun 1934, dolar segera kehilangan 40% daripada nilainya.
50. Henry VIII, Diocletian dan Nero debasers emas terkenal, mencampurkan logam lain ke dalam syiling emas dan mengurangkan nilai mereka.

Kredit:-Ihsan Sabri Lokman @ Golden Man

GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS

“PRESS RELEASE “ RUANGAN BISNES AKHBAR SINAR HARIAN 12 APRIL 2012
 
GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat mencapai ‘financial freedom’ dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan,pelaburan dan perniagaan emas fizikal telah terbukti apabila berjaya melahirkan lebih 3000 usahawan emas bumiputra dalam tempoh 3 tahun.

Pengurus operasi GCP, En Shahrulizam b. Ahmad berkata, pada tahun ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bertujuan membantu golongan bumiputra yg ingin menceburi bidang perniagaan dan pelaburan emas untuk menambah nilai hidup mereka dgn ilmu dan sistem yg terbukti berjaya.

Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan ialah Seminar PERCUMA Transformasi Minda Jutawan Emas, yg membuka minda masyarakat untuk mendalami ilmu bagaimana emas yang merupakan simbol kekayaan boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Seminar ini adalah gabungan idea dan ilmu yg disampaikan oleh dua orang yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan emas dan perak fizikal iaitu Pemilik GCP sendiri En. Shamsul Anuar bin Md. Ali dan Pemilik Silver One Marketing Sdn Bhd, En Faizal Yusof yg merupakan Jurulatih Kejayaan dalam bidang Pelaburan Emas dan Perak Fizikal dan juga pakar dalam membimbing masyarakat tentang kepentingan menyimpan,melabur dan perniagaan emas dan perak fizikal.

Dalam seminar ini juga pelbagai tips simpanan, pelaburan, pemasaran dan jualan yang terbukti berjaya dikongsi bagi membantu individu yg berminat menceburi perniagaan emas secara serius. 

Bimbingan secara berterusan dan kursus lanjutan turut diberikan kepada peserta seminar bagi memastikan ilmu yang disampaikan dipraktikkan dan memberi impak yg besar untuk menambah nilai hidup para peserta.

Anda mungkin menghadapi risiko MISKIN BANDAR atau PAPA KEDANA 5 tahun dari sekarang sekiranya anda tidak mengetahui EMAS dan PERAK FIZIKAL boleh mengekalkan kekayaan yang anda miliki sekarang.

Tuesday, July 3, 2012

Geng Kutu Emas


Jika, anda tidak mampu untuk membeli 1gram/bulan... Bolehlah membeli 1gram/3bulan.. Bagaimana? KUTU EMAS...
KUTU EMAS: sama dgn kutu biasa (kumpul duit dpt duit);
TETAPI- KUTU EMAS:- kumpul duit dpt emas (1GRAM GOLDBAR GCP)

Caranya:-
(1) Wujud kumpulan (setiap kumpulan ada 3 ahli-utk 3 bulan); kalau bermula pada Jan, bulan dikira (JAN-FEB-MAC)...
(2) Cabut undi...
(3) Bayaran utk kutipan sebanyak RM75.00 (akan berubah mengikut harga emas)... Jika harga emas kurang daripada harga kutipan/bulan, lebihan akan dikembalikan... Jika harga emas meningkat, ahli masih tetap membayar RM75.00 sehingga tempoh 3 bulan.
(4) Setelah tamat tempoh 3 bulan, jika ahli masih mahu meneruskan dalam KUTU EMAS boleh berbincang & memaklumkan kepada saya dengan segera... & saya akan tetapkan berapa kutipan untuk teruskan KUTU EMAS utk kali ke2...
(5) Jika ada maklumat baru saya akan post di bahagian ini..

* Berdasarkan perkembangan harga emas sekarang, INSYAALLAH, bayaran kutipan akan kekal RM75.00(ikut pergerakan naik-turun emas) utk KUTU EMAS-2...

* Period (JUN-JULAI-OGOS) akan bermula pada mggu hadapan, masih belum terlambat utk sertai.. cari 3 org rakan anda utk wujukan kumpulan..
 

Monday, July 2, 2012

Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas

 1. Individu yang mempunyai kerja tetap

Tak ada masa nak buat bisnes lain. Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja. Hanya educate orang tentang emas. Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap. Once mereka sudah jelas, memudahkan anda kerana biasanya belian berulang. Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda

2. Individu yang Anti MLM

Tak suka nak cari-cari orang(downline). Jika anda  pelabur/penyimpan.. simpan sahaja dah untung, tak perlu buat apa-apa.Jika anda adalah penyimpanmerangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan. So tak perlu nak cerita  panjang-panjang. Kadang-kadang kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM. Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.

Tapi emas? Tak perlu. kerana semua orang sudah tahu emas berharga.. apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar, serta kepentingan emas. Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.

3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan

4. Surirumah

Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5. Orang tua atau warga emas

Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua. Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6. Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal

Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik

7. Pelajar atau  anak-anak

Sebagai tabungan pendidikan dan insurans. Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram, hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas. Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil, sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

 

8. Individu yang masih bujang

Terutamanya lelaki, kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama, harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu. Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9. Individu yang minat emas

Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang. Ini sebenarnya tabiat yang baik, tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga, simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.

10. Individu yang ada perancangan meniaga

Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas, kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda, sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut. Pilihan di tangan anda.

Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas, tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas. Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan
Pendek kata.. sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.

Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram. Siapa yang ada modal besar.. bonus bagi anda. Namun yang manakah lebih baik.. modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?

Fikir-fikirkanlah..

Beli emas sebenarnya tak perlu modal, cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.

6 Soalan Popular Emas

Berikut adalah 6 soalan popular dalam simpanan emas
Soalan 1 :
Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas. Mengapa emas? Jawapan utamanya adalah emas = wang yang sebenar.

Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal, iaitu emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong. Barang kemas juga adalah emas fizikal yang boleh juga dijadikan simpanan tetapi sebaiknya pilihlah item yang ditawarkan dengan harga yang murah.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.
Emas sangat istimewa kerana :
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

Soalan 2 :
Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
Semua orang yang menyimpan wang kertas yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas.Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli barang/perkhidmatan.
Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik!Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi.Manakah yang anda hendak pilih,menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang.
Anda mempunyai pilihan untuk membeli dengan pengedar2 syarikat emas seperti GCP dan Public Gold.
      Emas adalah wang yang sebenar

Soalan 3 :
Di manakah saya hendak membeli emas?
Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas.Dan kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh malaysia.Tanpa perlu buka kedai emas,dealer-dealer ini mampu menjual emas berkilo-kilo.Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial.Blog ini salah satu contoh menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia,anda juga boleh rujuk senarai dealer-dealer kami.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah.Bayangkan jika pergram anda boleh jimat sehingga RM18.
Jika 100g
= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!

Soalan 4
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?
i)Bila anda anda wang ,dan ada kesedaran-teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
ii)Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan,anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)
Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
iii)Beli secara konsisten setiap bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas.Atau letakkan target
1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda

Soalan 5 :
Sebab apa saya perlu simpan emas?
1.Nilai wang semakin jatuh
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
3.Emas adalah aset yg mudah cair
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5.Pelindung kekayaan
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Soalan 6 :
Bagaimana saya harus bermula ?
Tip Simpanan Emas
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.
2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.
Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan syarikat emas
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .

Kredit:-JutawanGold

Kajian kes:Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas

Antara pandangan orang ramai:
-Ramai individu  yang mula-mula menjinakkan diri dalam pelaburan emas bersikap tidak sabar dalam mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya bersikap sebegini rupa kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata.
-Mungkin juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang dengan membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.
-Faktor seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik semangat atau idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan seminar,baik di internet atau tempat awam dapat menyedarkan ramai orang tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan juga masa untuk depan.
 - Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.
-Tidak dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai hiasan semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.
-Sikap sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang baru dan suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat ingin tahu. Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.
-Ada juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan (bermaksud mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah bermaksud “sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang kertas yang dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada nilai yang ada pada emas.
- Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh dikecilkan skalanya.
-Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen.. Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.. Berkaitan dengan jaminan kerajaan. Sekali lagi isu risiko yg tidak difahami dgn betul oleh masyarakat kita.. Kes ini suka sy bwk kn ttg apa terjadi pd kerajaan selangor, penang dan kedah.. Bagaimana yg dikatakan kerajaan terdahulu terjamin dan menjamin rakyat sedangkan kekuasaan itu sudah pn bertukar? Bagaimana yg dikatakan sesuatu produk itu dijamin kerajaan? Bukan di sini sy mempertikaikan mn2 kerajaan.. Tetapi, point sy adalah, setiap apa pn perbuatan kita ada risiko.. Persoalan yg perlu di jawab adalah.. Sejauh mana kita boleh bertoleransi dengan risiko risiko yg ade.. Soal ilmu juga tidak dapat dipisahkan.. Sudahlah sikap mengikut sentimen.. Utk mendapatkan ilmu pula berkira.. Kalo bleh.. Setiap ilmu yg diperlukan.. Mesti diberi PERCUMA.. Iya PERCUMA.. agak menyedihkan lagi.. Sudah la ia PERCUMA.. Amalannya pula diragui.. Ahirnya.. Drpd bersusah payah membaca dan menimba ilmu.. Lebih baik dengar2 ckp “mereka” lalu ambil tindakan.. Harap2nya.. Nasihat “mereka” itu memberi manfaat yg baik
kredit to hargaemas.com.my

Video Live Seminar Marketing Power