APA ITU INFLASI?
Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan.
Inflasi juga menunjukkan penyusutan
nilai wang dari semasa ke semasa.Mahukah anda menyimpan wang kertas
untuk jangka masa panjang sedang ia semakin susut nilai dan tidak
berharga?
Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
• Hampir 99% masyarakat di dunia
menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa.
Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya
jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah
semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah
zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda
mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’,
anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari
demi hari.
• Sebagai contoh, pada tahun 2000,
dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini
berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak
360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 =
2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak
0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan
sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram
emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga
emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli
sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram =
RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah
kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah
kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams
emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram
emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga
emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli
sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram =
rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah
rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah
rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram
emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga
barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu
‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!
present by:
MnkKamal Jutawan DinarDirham (Authorized Dealer GCP-ad2986)
Tel: 013-9431679 / 012-9984731
Email: mnk_nazrulkamal@yahoo.com
copy from: http://jutawangold.com/
MnkKamal Jutawan DinarDirham (Authorized Dealer GCP-ad2986)
Tel: 013-9431679 / 012-9984731
Email: mnk_nazrulkamal@yahoo.com
copy from: http://jutawangold.com/
Ditulis oleh :
Muhammad Khalif Samsudin (Carl Samsudin)
No comments:
Post a Comment