-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, July 31, 2012

Kisah Benar Tentang Emas


Apa yang menarik apa bila kita sebagai peniaga kecil menjadikan EMAS fizikal sebagai modal adalah... 
Modal kita sentiasa dilindungi dari inflasi dan kita mampu mencapai maksud yang diingini pada bila-bila masa... 
Contohnya lihat saja beza nilainya dalam RM dengan berat yang sama pada Rantai Tangan(RT) yang beratnya 30.50g hanya dalam masa 3 bulan...
Sekian perkongsian ilmu emas hari ini ...
Kredit:- GoldMan

Tuesday, July 10, 2012

50 Fakta Menarik Tentang Emas Jarang Diceritakan...

Untuk mereka yang ada masa terluang dan ingin mengetahui 50 fakta berkaitan emas yang jarang diperkatakan, sila baca 50 fakta tersebut di bawah:

1. Perkataan “gold” berasal dari perkataan Lama Bahasa Inggeris “geolu,” bermaksud kuning.
2. Keluli dicipta lebih banyak dalam masa sejam daripada emas digali sepanjang sejarah.
3. Sekitar 161,000 tan emas yang telah dilombong oleh manusia.
4. Emas boleh didapati bawah bumi ke atas semua tujuh benua.
5. Adalah dipercayai bahawa kira-kira 80% daripada emas bumi masih ditanam di dalam tanah.
6. Terdapat jumlah anggaran 10 bilion tan emas di lautan dunia. Itu adalah 25 tan emas bagi setiap kilometer padu air laut.
7. Vending mesin emas pertama di dunia telah diumumkan pada bulan Mei 2010. Terletak di hotel ultra-mewah di Abu Dhabi, mesin layan diri sendiri dilindungi dalam emas 24-karat.
8. Matawang kebanyakkan ekonomi barat adalah menggunakan standard emas sehingga tahun 1961.
9. Switzerland adalah negara terakhir whosecurrency terikat kepada emas. 40% Franc Switzerland telah disokong oleh emas sehingga Switzerland menyertai IMF pada tahun 1999.
10. Emas yang diadakan di Fort Knox diambil kira oleh Amerika Syarikat sebagai aset bernilai $ 44,22 per auns.
11. Sehingga 31 Disember, 1941 Fort Knox telah mengadakan 649600000 auns emas.
12. Hari ini, Fort Knox memegang kira-kira 147,3 juta auns.
13. Saiz bar emas standard 7 “oleh 3 dan 5/8″ oleh 1 dan 3/4 ”
14. Alkimia percaya mereka boleh menukar bahan biasa, seperti plumbum menjadi emas.
15. Karat A ialah asalnya satu unit jisim berdasarkan benih carob yang digunakan oleh pedagang purba.
16. Duit syiling emas yang paling mahal di dunia ialah 1933 Double Eagle, yang dijual di Sotheby di New York pada tahun 2002 untuk $ 7,59 juta.
17. Elvis Presley memiliki tiga kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat Motor Stutz, di mana tiap-tiap bahagian yang biasanya krom telah ditukar kepada emas.
18. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tyco International, Dennis Kozlowski membeli tirai mandi-threaded emas bernilai $ 6,000.
19. Logam mulia, emas adalah terdedah tidak berkarat tidak mencemarkan dan tidak membentuk sebuah filem oksida pada permukaannya apabila tersentuh dengan ai
20. Terdapat 92 semulajadi unsur-unsur yang ditemui di kerak bumi. Emas di kedudukan 58 dalam kelangkaan.
21. Simbol kimia bagi emas ialah Au, yang berasal dari “aurum,” perkataan Latin yang bermaksud “subuh berkilat.”
22. Emas yang benar-benar tulen adalah terlalu lembut yang boleh dibentuk dengan tangan.
23. Takat lebur emas ialah 2063 darjah Fahrenheit.
24. Emas adalah konduktor elektrik.
25. Emas adalah logam yang paling boleh tempa dan mulur tulen yang diketahui oleh manusia.
26. Satu auns emas boleh ditempa menjadi kertas yang seluas 100 kaki persegi.
27. Pada tahun 1869, dua rakyat Australia mengali nuget terbesar di dunia emas, “Clemens Selamat Datang,” yang diukur 10 sebanyak 25 inci sebelum ia telah dilelehkan.
28. Yang terbesar nuget masih wujud adalah “Tangan Iman,” ditemui pada tahun 1980 di Australia. Buat masa ini pada paparan di Golden Nugget Casino di Las Vegas.
29. Nuget emas yang ditemui di bumi boleh 3-4 kali yang berharga seperti emas ia mengandungi kerana hal yg jarang sekali.
30. Emas paling berat moden syiling Austria Filharmonik. Pada tahun 2004, duit syiling, yang mempunyai berat 1.000 auns (31,1 kilogram atau 69 paun troy atau 828 troy auns) dan diameter 15 inci, digelar emas syiling terbesar di dunia oleh Guinness World Rekod.
31. Pada tahun 2007, Kanada membuat 100kg (3,217 troy auns), 0,99999 emas syiling dengan nilai muka sebanyak $ 1.000.000.
32. Emas tulen tidak menyebabkan kegatalan kulit.
33. Sesetengah pesakit artritis reumatoid menerima suntikan cecair emas untuk melegakan kesakitan.
34. Olimpik pingat emas adalah emas tulen sehingga 1912.
35. Satu auns emas boleh dibuat ke dalam dawai yang panjangnya 60 batu.
36. Dua pertiga daripada emas di dunia datang dari Afrika Selatan.
37. India merupakan pengguna terbesar di dunia emas hari ini.
38. Perhiasan Asia Selatan adalah umumnya lebih tulen daripada perhiasan barat, terdiri daripada 22 karat emas daripada 14 karat.
39. Emas adalah mineral negeri California dan Alaska.
40. 90% daripada perlombongan emas di dunia telah dilakukan sejak penemuan emas di Kilang di California Sutter pada tahun 1848.
41. Semasa gold rush California, beberapa spekulator membayar lebih untuk satu auns air daripada mereka yang diterima untuk satu auns emas.
42. Dakota Selatan dan Nevada menghasilkan emas lebih daripada mana-mana negeri-negeri lain.
43. Saintis percaya bahawa emas boleh didapati di Marikh, Utarid dan Venus.
44. Penyelia topi keledar angkasawan disalut dalam satu lapisan yang sangat nipis, telus emas (0,000002 inci) yang mengurangkan silau dan haba daripada cahaya matahari.
45. Perkataan Aztec untuk emas, “teocuitatl,” telah diterjemahkan oleh orang Eropah sebagai bermakna “najis tuhan-tuhan.”
46. Menurut legenda El Dorado (hujungnya), ketua Andean yang diliputi dalam debu emas akan membuat tawaran emas ke dalam tasik gunung.
47. Bukti menunjukkan bahawa sekitar 5,000 SM, emas dan tembaga menjadi logam pertama yang ditemui oleh manusia.
48. Raja orang yg sangat kaya Lydia menciptakan syiling emas pertama yang tulen pada tahun 540 SM
49. Apabila Franklin Roosevelt menaikkan harga emas dari $ 20,67 $ 35 pada tahun 1934, dolar segera kehilangan 40% daripada nilainya.
50. Henry VIII, Diocletian dan Nero debasers emas terkenal, mencampurkan logam lain ke dalam syiling emas dan mengurangkan nilai mereka.

Kredit:-Ihsan Sabri Lokman @ Golden Man

GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS

“PRESS RELEASE “ RUANGAN BISNES AKHBAR SINAR HARIAN 12 APRIL 2012
 
GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat mencapai ‘financial freedom’ dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan,pelaburan dan perniagaan emas fizikal telah terbukti apabila berjaya melahirkan lebih 3000 usahawan emas bumiputra dalam tempoh 3 tahun.

Pengurus operasi GCP, En Shahrulizam b. Ahmad berkata, pada tahun ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bertujuan membantu golongan bumiputra yg ingin menceburi bidang perniagaan dan pelaburan emas untuk menambah nilai hidup mereka dgn ilmu dan sistem yg terbukti berjaya.

Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan ialah Seminar PERCUMA Transformasi Minda Jutawan Emas, yg membuka minda masyarakat untuk mendalami ilmu bagaimana emas yang merupakan simbol kekayaan boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Seminar ini adalah gabungan idea dan ilmu yg disampaikan oleh dua orang yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan emas dan perak fizikal iaitu Pemilik GCP sendiri En. Shamsul Anuar bin Md. Ali dan Pemilik Silver One Marketing Sdn Bhd, En Faizal Yusof yg merupakan Jurulatih Kejayaan dalam bidang Pelaburan Emas dan Perak Fizikal dan juga pakar dalam membimbing masyarakat tentang kepentingan menyimpan,melabur dan perniagaan emas dan perak fizikal.

Dalam seminar ini juga pelbagai tips simpanan, pelaburan, pemasaran dan jualan yang terbukti berjaya dikongsi bagi membantu individu yg berminat menceburi perniagaan emas secara serius. 

Bimbingan secara berterusan dan kursus lanjutan turut diberikan kepada peserta seminar bagi memastikan ilmu yang disampaikan dipraktikkan dan memberi impak yg besar untuk menambah nilai hidup para peserta.

Anda mungkin menghadapi risiko MISKIN BANDAR atau PAPA KEDANA 5 tahun dari sekarang sekiranya anda tidak mengetahui EMAS dan PERAK FIZIKAL boleh mengekalkan kekayaan yang anda miliki sekarang.

Tuesday, July 3, 2012

Geng Kutu Emas


Jika, anda tidak mampu untuk membeli 1gram/bulan... Bolehlah membeli 1gram/3bulan.. Bagaimana? KUTU EMAS...
KUTU EMAS: sama dgn kutu biasa (kumpul duit dpt duit);
TETAPI- KUTU EMAS:- kumpul duit dpt emas (1GRAM GOLDBAR GCP)

Caranya:-
(1) Wujud kumpulan (setiap kumpulan ada 3 ahli-utk 3 bulan); kalau bermula pada Jan, bulan dikira (JAN-FEB-MAC)...
(2) Cabut undi...
(3) Bayaran utk kutipan sebanyak RM75.00 (akan berubah mengikut harga emas)... Jika harga emas kurang daripada harga kutipan/bulan, lebihan akan dikembalikan... Jika harga emas meningkat, ahli masih tetap membayar RM75.00 sehingga tempoh 3 bulan.
(4) Setelah tamat tempoh 3 bulan, jika ahli masih mahu meneruskan dalam KUTU EMAS boleh berbincang & memaklumkan kepada saya dengan segera... & saya akan tetapkan berapa kutipan untuk teruskan KUTU EMAS utk kali ke2...
(5) Jika ada maklumat baru saya akan post di bahagian ini..

* Berdasarkan perkembangan harga emas sekarang, INSYAALLAH, bayaran kutipan akan kekal RM75.00(ikut pergerakan naik-turun emas) utk KUTU EMAS-2...

* Period (JUN-JULAI-OGOS) akan bermula pada mggu hadapan, masih belum terlambat utk sertai.. cari 3 org rakan anda utk wujukan kumpulan..
 

Monday, July 2, 2012

Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas

 1. Individu yang mempunyai kerja tetap

Tak ada masa nak buat bisnes lain. Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja. Hanya educate orang tentang emas. Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap. Once mereka sudah jelas, memudahkan anda kerana biasanya belian berulang. Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda

2. Individu yang Anti MLM

Tak suka nak cari-cari orang(downline). Jika anda  pelabur/penyimpan.. simpan sahaja dah untung, tak perlu buat apa-apa.Jika anda adalah penyimpanmerangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan. So tak perlu nak cerita  panjang-panjang. Kadang-kadang kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM. Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.

Tapi emas? Tak perlu. kerana semua orang sudah tahu emas berharga.. apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar, serta kepentingan emas. Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.

3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan

4. Surirumah

Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5. Orang tua atau warga emas

Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua. Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6. Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal

Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik

7. Pelajar atau  anak-anak

Sebagai tabungan pendidikan dan insurans. Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram, hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas. Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil, sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

 

8. Individu yang masih bujang

Terutamanya lelaki, kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama, harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu. Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9. Individu yang minat emas

Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang. Ini sebenarnya tabiat yang baik, tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga, simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.

10. Individu yang ada perancangan meniaga

Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas, kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda, sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut. Pilihan di tangan anda.

Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas, tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas. Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan
Pendek kata.. sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.

Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram. Siapa yang ada modal besar.. bonus bagi anda. Namun yang manakah lebih baik.. modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?

Fikir-fikirkanlah..

Beli emas sebenarnya tak perlu modal, cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.

6 Soalan Popular Emas

Berikut adalah 6 soalan popular dalam simpanan emas
Soalan 1 :
Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas. Mengapa emas? Jawapan utamanya adalah emas = wang yang sebenar.

Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal, iaitu emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong. Barang kemas juga adalah emas fizikal yang boleh juga dijadikan simpanan tetapi sebaiknya pilihlah item yang ditawarkan dengan harga yang murah.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.
Emas sangat istimewa kerana :
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

Soalan 2 :
Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
Semua orang yang menyimpan wang kertas yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas.Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli barang/perkhidmatan.
Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik!Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi.Manakah yang anda hendak pilih,menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang.
Anda mempunyai pilihan untuk membeli dengan pengedar2 syarikat emas seperti GCP dan Public Gold.
      Emas adalah wang yang sebenar

Soalan 3 :
Di manakah saya hendak membeli emas?
Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas.Dan kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh malaysia.Tanpa perlu buka kedai emas,dealer-dealer ini mampu menjual emas berkilo-kilo.Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial.Blog ini salah satu contoh menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia,anda juga boleh rujuk senarai dealer-dealer kami.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah.Bayangkan jika pergram anda boleh jimat sehingga RM18.
Jika 100g
= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!

Soalan 4
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?
i)Bila anda anda wang ,dan ada kesedaran-teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
ii)Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan,anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)
Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
iii)Beli secara konsisten setiap bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas.Atau letakkan target
1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda

Soalan 5 :
Sebab apa saya perlu simpan emas?
1.Nilai wang semakin jatuh
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
3.Emas adalah aset yg mudah cair
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5.Pelindung kekayaan
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Soalan 6 :
Bagaimana saya harus bermula ?
Tip Simpanan Emas
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.
2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.
Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan syarikat emas
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .

Kredit:-JutawanGold

Kajian kes:Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas

Antara pandangan orang ramai:
-Ramai individu  yang mula-mula menjinakkan diri dalam pelaburan emas bersikap tidak sabar dalam mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya bersikap sebegini rupa kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata.
-Mungkin juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang dengan membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.
-Faktor seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik semangat atau idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan seminar,baik di internet atau tempat awam dapat menyedarkan ramai orang tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan juga masa untuk depan.
 - Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.
-Tidak dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai hiasan semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.
-Sikap sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang baru dan suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat ingin tahu. Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.
-Ada juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan (bermaksud mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah bermaksud “sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang kertas yang dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada nilai yang ada pada emas.
- Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh dikecilkan skalanya.
-Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen.. Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.. Berkaitan dengan jaminan kerajaan. Sekali lagi isu risiko yg tidak difahami dgn betul oleh masyarakat kita.. Kes ini suka sy bwk kn ttg apa terjadi pd kerajaan selangor, penang dan kedah.. Bagaimana yg dikatakan kerajaan terdahulu terjamin dan menjamin rakyat sedangkan kekuasaan itu sudah pn bertukar? Bagaimana yg dikatakan sesuatu produk itu dijamin kerajaan? Bukan di sini sy mempertikaikan mn2 kerajaan.. Tetapi, point sy adalah, setiap apa pn perbuatan kita ada risiko.. Persoalan yg perlu di jawab adalah.. Sejauh mana kita boleh bertoleransi dengan risiko risiko yg ade.. Soal ilmu juga tidak dapat dipisahkan.. Sudahlah sikap mengikut sentimen.. Utk mendapatkan ilmu pula berkira.. Kalo bleh.. Setiap ilmu yg diperlukan.. Mesti diberi PERCUMA.. Iya PERCUMA.. agak menyedihkan lagi.. Sudah la ia PERCUMA.. Amalannya pula diragui.. Ahirnya.. Drpd bersusah payah membaca dan menimba ilmu.. Lebih baik dengar2 ckp “mereka” lalu ambil tindakan.. Harap2nya.. Nasihat “mereka” itu memberi manfaat yg baik
kredit to hargaemas.com.my

10 Kesilapan Pelabur Emas

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai
emas.

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.
 
 
kredit to hargaemas.com.my

Sunday, July 1, 2012

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP


Ramai yang tanya saya apa yang mereka akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas. Sebelum itu kena faham dulu untuk apa jadi pengedar emas? Meniaga macam jual penapis air ke? Tunjuk emas dan suruh orang beli? Jika itu tanggapan anda, teruskan membaca supaya anda lebih faham. Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini, saya ulang kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama. Mungkin kena guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua 

1. Bisnes apa ni?
GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999, dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM200+) sehinggalah ke 100g. Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi. Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.

2. Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan, pulangan, dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas, beli emas dapat emas, dan simpanlah emas tersebut. Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Nak duit lebih, ada caranya, anda usaha, anda dapat. Kami sedia membantu tunjukkan caranya.

3. Bagaimana saya untung?
Beli dan simpan pun dah untung, kalau nak lebih keuntungan bolehlah sambil menyimpan meniaga emas. Tapi ada syaratnya, kena ada ilmu dulu tentang emas ni, barulah boleh meniaga. Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain, ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas, ini yang perlu anda pelajari. Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini. Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula, antara nak dengan tak nak sahaja.

4. Kena cari downline? MLM ke?
Tidak, ini bukan perniagaan MLM. Dan anda tidak perlu mencari downline. Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai, mulakan dengan orang yang anda kenali, sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.


Promosi menjadi dealer dengan modal serendah RM1000 bermula 14 Mei 2012. 
Tiada syarat belian wajib.
Apa yang anda dapat dengan bayaran RM1000? Teruskan bacaan.




13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

1. Dapat title pengedar emas
Dengan bayaran RM1000 ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas  Kalau dulu, bukan senang nak jadi tokey emas, tapi sekarang zaman dah berubah, ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil. Tak perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas, bayar RM1000 sahaja. Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?

2. Harga pengedar jauh lebih murah
Cuba anda lihat harga pengedar di bawah, memang sangat murah. Namun ada juga  yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal?
Jawapannya kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar, sebagai contoh, lihat harga untuk 10g bar, RM1760 = RM176/gram.
Jangan terkejut jika melihat harga untuk gold bar 100g, kerana ianya cuma 170/gram. Harga kedai emas sekarang RM200/gram.
 
Emas 916

Kami Jual
Kami Beli
Rantai Tangan Melur
(RM/g)
5g
RM 162.50
RM 143.00
10g
RM 160.00
RM 140.80
20g
RM 160.00
RM 140.80
30g
RM 159.00
RM 139.92
40g
RM 158.20
RM 139.22
50g
RM 156.50
RM 137.72
100g
RM 156.20
RM 137.46
 
GCP juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu,gajah padu,bunga pasir dan melur.
Harga pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g,anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.

Mengapa bayar lebih?

Tempahan boleh dibuat 24 jam,7 hari seminggu

 
3. Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.
Jika anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.

 Wang kertas semakin susut nilai

Kelebihan anda sebagai pengedar, anda boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka untuk mendapat stok emas dari anda. Anda sendiri mendapat kemudahan untuk menambah stok simpanan anda secara konsisten.

4. Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup
Bayangkan anda order emas hari ini, esok sampai.
Tak perlu keluarkan duit minyak, dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan. Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan. Setakat ini belum pernah berlaku.

5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.
Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini. Anda mendapat pelanggan, dan mereka jauh dari anda, maka bolehlah membuat tempahan dengan GCP, buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan. Segalanya hanya di hujung jari.
Dalam masa yang sama, anda telah pun menjana keuntungan secara tak langsung. Masih tak faham? Jangan risau, kami akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan dalam private group

6. Produk Terkini
Dari semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini. Contohnya di bawah ini, produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini 5 gram RT emas 916 paten melur yang comel dan jongkong silver 10g, 20g, 50g, & 100g.







7. Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
a)         Mencuci emas (percuma)
b)         Mencelup emas (kos minima)
c)         Menilai harga emas terpakai (percuma)

8. Menyediakan modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.

- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

- Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.


9. Insentif Pengedar
- Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)  Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)  Komisyen rm1.00 segram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang   
     diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
- Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
- Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen RM500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen. Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

10. Seminar PERCUMA
GCP menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan seminar,segala kos ditanggung oleh GCP. Anda hanya perlu maklumkan tempat,tarikh dan uruskan peserta, selebihnya akan diuruskan oleh GCP. CEO GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur diberi saguhati kerana menganjurkan seminar.
Peruntukan juga diberi untuk banner. Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai seminar yang dianjurkan.
Ingin design banner? Saya ada.Anda hanya perlu ubah sedikit info sahaja.
Akan datang, akan diadakan seminar khas untuk membantu pengedar emas.

11. Kebebasan Kewangan
Dengan menjadi pengedar emas, anda memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas. Dalam masa yang sama, sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara konsisten.Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .

 
Pengalaman sendiri, saya semakin berjimat cermat dalam perbelanjaan, kewangan saya bertambah baik dan saya bebas dari membuat hutang selepas menyimpan emas. Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini, dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.

12. Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh Malaysia, malah ada yang berada di luar negara, termasuklah di Brunei dan London?
Group Gold Investor Club
– group ini terbuka kepada semua penyimpan dan pengedar emas. Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas, simpanan emas, analisis harga emas, pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam lagi. Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak info.
Jom sertai Gold Investor Club...
Group Rangkaian Dealer Jutawangold
- group khas untuk guide dealer dalam rangkaian ini yang telah memberi kepercayaan memilih saya sebagai introducer. Jadi,saya mengambil inisiatif untuk berkongsi info-info, dan juga maklumat asas di situ, selain mengeratkan ikatan sesama rakan pengedar di mana kami selalu bantu membantu di antara satu sama lain termasuk dalam urusan jual-beli emas.
- Bimbingan terus dari CEO
Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP, anda layak menyertai Group Pengedar  GCP Seluruh Malaysia di mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara. Anda juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri, En Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya. Banyak faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.

13. Kaya dan berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda sebenarnya membantu :
1. Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas,anda layak membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab, juga zakat perniagaan hasil keuntungan. Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?
2. Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat


Apabila anda mengajak orang lain menyimpan emas, sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang kertas yang susut nilai itu, sebaliknya menyimpan logam berharga yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Lebih ramai yang menyimpan, lebih bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya melalui simpanan emas ini.
Lihat sahaja iklan-iklan produk bank,kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk memperkenalkan simpanan emas, kerana jika anda kaji sejarah wang, emas adalah wang yang sebenar. Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?
Kesimpulannya,jangan tunggu lama-lama untuk membuat pilihan yang terbaik.Seperti yang pernah saya katakan, tersalah jadi dealer emas tidak apa, jangan tersalah join skim cepat miskin, MLM atau skim piramid.Dan jangan harapkan dapat duit bulan-bulan tanpa berusaha. Anda buat, anda dapat.

Mari sertai saya sekarang. 
Anda pasti tak menyesal.
Hubungi hotline: 013-9431679/012-9984731 @
Add saya diFaceBook: MnkKamalJutawanDinarDirham untuk keterangan lanjut.



Video Live Seminar Marketing Power