-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, July 2, 2012

Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas

 1. Individu yang mempunyai kerja tetap

Tak ada masa nak buat bisnes lain. Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja. Hanya educate orang tentang emas. Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap. Once mereka sudah jelas, memudahkan anda kerana biasanya belian berulang. Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda

2. Individu yang Anti MLM

Tak suka nak cari-cari orang(downline). Jika anda  pelabur/penyimpan.. simpan sahaja dah untung, tak perlu buat apa-apa.Jika anda adalah penyimpanmerangkap dealer-amat menyenangkan sebab smua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan. So tak perlu nak cerita  panjang-panjang. Kadang-kadang kesian dgn orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM. Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.

Tapi emas? Tak perlu. kerana semua orang sudah tahu emas berharga.. apa yg mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar, serta kepentingan emas. Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas )pun perlu dijelaskan.

3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan

4. Surirumah

Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa.Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5. Orang tua atau warga emas

Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua. Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6. Pekerja swasta tak kirala yang gaji murah atau mahal

Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik

7. Pelajar atau  anak-anak

Sebagai tabungan pendidikan dan insurans. Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas,guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram, hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas. Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil, sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

 

8. Individu yang masih bujang

Terutamanya lelaki, kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama, harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu. Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9. Individu yang minat emas

Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang. Ini sebenarnya tabiat yang baik, tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga, simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.

10. Individu yang ada perancangan meniaga

Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas, kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda, sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut. Pilihan di tangan anda.

Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas, tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas. Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan
Pendek kata.. sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.

Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram. Siapa yang ada modal besar.. bonus bagi anda. Namun yang manakah lebih baik.. modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?

Fikir-fikirkanlah..

Beli emas sebenarnya tak perlu modal, cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.

No comments:

Post a Comment


Video Live Seminar Marketing Power