“PRESS RELEASE “ RUANGAN BISNES AKHBAR SINAR HARIAN 12 APRIL 2012
GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS
Goldcrest
Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra
sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta
syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong
emas, dinar emas, dan syiling emas.
Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat
mencapai ‘financial freedom’ dalam dimensi yang amat jelas melalui
simpanan,pelaburan dan perniagaan emas fizikal telah terbukti apabila
berjaya melahirkan lebih 3000 usahawan emas bumiputra dalam tempoh 3
tahun.
Pengurus
operasi GCP, En Shahrulizam b. Ahmad berkata, pada tahun ini pelbagai
aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bertujuan membantu golongan
bumiputra yg ingin menceburi bidang perniagaan dan pelaburan emas untuk
menambah nilai hidup mereka dgn ilmu dan sistem yg terbukti berjaya.
Antara
aktiviti yang sedang dilaksanakan ialah Seminar PERCUMA Transformasi
Minda Jutawan Emas, yg membuka minda masyarakat untuk mendalami ilmu
bagaimana emas yang merupakan simbol kekayaan boleh membantu
meningkatkan ekonomi keluarga.
Seminar
ini adalah gabungan idea dan ilmu yg disampaikan oleh dua orang yang
telah terbukti berjaya dalam perniagaan emas dan perak fizikal iaitu
Pemilik GCP sendiri En.
Shamsul Anuar bin Md. Ali dan Pemilik Silver One Marketing Sdn Bhd, En
Faizal Yusof yg merupakan Jurulatih Kejayaan dalam bidang Pelaburan
Emas dan Perak Fizikal dan juga pakar dalam membimbing masyarakat
tentang kepentingan menyimpan,melabur dan perniagaan emas dan perak fizikal.
Dalam
seminar ini juga pelbagai tips simpanan, pelaburan, pemasaran dan
jualan yang terbukti berjaya dikongsi bagi membantu individu yg berminat
menceburi perniagaan emas secara serius.
Bimbingan
secara berterusan dan kursus lanjutan turut diberikan kepada peserta
seminar bagi memastikan ilmu yang disampaikan dipraktikkan dan memberi
impak yg besar untuk menambah nilai hidup para peserta.
Anda mungkin menghadapi risiko MISKIN BANDAR atau PAPA KEDANA 5 tahun dari sekarang sekiranya anda tidak mengetahui EMAS dan PERAK FIZIKAL boleh mengekalkan kekayaan yang anda miliki sekarang.
No comments:
Post a Comment