Antara pandangan orang ramai:
-Ramai
individu yang mula-mula
menjinakkan diri dalam pelaburan emas bersikap tidak sabar dalam
mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya bersikap sebegini rupa
kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak akan mendapat keuntungan
dalam sekelip mata.
-Mungkin
juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang dengan
membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi
sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan
untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.
-Faktor
seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik semangat atau
idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan seminar,baik di
internet atau tempat awam dapat
menyedarkan ramai orang tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan
juga masa untuk depan.
-
Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam
pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah
emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah
nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.
-Tidak
dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai hiasan
semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan
adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.
-Sikap
sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang baru dan
suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat ingin tahu.
Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.
-Ada
juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan (bermaksud
mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah bermaksud
“sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang kertas yang
dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada nilai yang
ada pada emas.
-
Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara
dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan
menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana
kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh
dikecilkan skalanya.
-Bukan
setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita terutamanya
bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita agak
ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan
kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang
pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen..
Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan
memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita
menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding
fakta sebenar.. Ini kita dapat
perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah
dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita
yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang
menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula
menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini
disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka
masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.. Berkaitan dengan jaminan
kerajaan. Sekali lagi isu risiko yg tidak difahami dgn betul oleh
masyarakat kita.. Kes ini suka sy bwk kn ttg apa terjadi pd kerajaan
selangor, penang dan kedah.. Bagaimana yg dikatakan kerajaan terdahulu
terjamin dan menjamin rakyat sedangkan kekuasaan itu sudah pn bertukar?
Bagaimana yg dikatakan sesuatu produk itu dijamin kerajaan? Bukan di
sini sy mempertikaikan mn2 kerajaan.. Tetapi, point sy adalah, setiap
apa pn perbuatan kita ada risiko.. Persoalan yg perlu di jawab
adalah.. Sejauh mana kita boleh bertoleransi dengan risiko risiko yg
ade.. Soal ilmu juga tidak dapat dipisahkan.. Sudahlah sikap mengikut
sentimen.. Utk mendapatkan ilmu pula berkira.. Kalo bleh.. Setiap ilmu
yg diperlukan.. Mesti diberi PERCUMA.. Iya PERCUMA.. agak menyedihkan
lagi.. Sudah la ia PERCUMA.. Amalannya pula diragui.. Ahirnya.. Drpd
bersusah payah membaca dan menimba ilmu.. Lebih baik dengar2 ckp
“mereka” lalu ambil tindakan.. Harap2nya.. Nasihat “mereka” itu memberi
manfaat yg baik
kredit to hargaemas.com.my
No comments:
Post a Comment