Ramai yang tanya saya apa yang mereka
akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas. Sebelum itu kena faham
dulu untuk apa jadi pengedar emas? Meniaga macam jual penapis air ke? Tunjuk
emas dan suruh orang beli? Jika itu tanggapan anda, teruskan membaca supaya
anda lebih faham. Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini, saya ulang
kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama. Mungkin kena
guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua
1.
Bisnes apa ni?
GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk
barang kemas 999, dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar
RM200+) sehinggalah ke 100g. Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa
panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai
dan kalis inflasi. Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan
matawang yang bernilai pada hakikatnya.
2.
Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit
bulan-bulan, pulangan, dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas,
beli emas dapat emas, dan simpanlah emas tersebut. Bezanya dengan modal yang
rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Nak duit lebih, ada caranya, anda usaha, anda dapat. Kami sedia membantu
tunjukkan caranya.
3.
Bagaimana saya untung?
Beli dan simpan pun dah untung, kalau nak lebih
keuntungan bolehlah sambil menyimpan meniaga emas. Tapi ada syaratnya, kena ada
ilmu dulu tentang emas ni, barulah boleh meniaga. Meniaga emas bukan macam
meniaga barang lain, ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia
wang kertas, ini yang perlu anda pelajari. Hanya orang yang sabar yang akan
melepasi tahap ini. Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda
anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula, antara nak
dengan tak nak sahaja.
4.
Kena cari downline? MLM ke?
Tidak, ini bukan perniagaan MLM. Dan anda tidak perlu mencari downline. Apa
yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang
ramai, mulakan dengan orang yang anda kenali, sama ada rakan-rakan mahupun
saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan
sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.
Promosi menjadi dealer dengan modal
serendah RM1000 bermula 14 Mei 2012.
Tiada syarat belian wajib.
Apa
yang anda dapat dengan bayaran RM1000? Teruskan bacaan.
13 Sebab Mengapa Anda
Harus Menjadi Pengedar GCP
1. Dapat title pengedar emas
Dengan bayaran RM1000 ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer
emas @ tokey emas Kalau dulu, bukan senang nak
jadi tokey emas, tapi sekarang zaman dah berubah, ramai yang mampu menjadi
tokey emas @ pengedar emas mobil. Tak perlu keluar modal berjuta untuk buka
kedai emas, bayar RM1000 sahaja. Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?
2. Harga pengedar jauh lebih murah
Cuba anda lihat harga pengedar di bawah, memang sangat murah. Namun ada
juga yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal?
Jawapannya kerana kos mencetak yang
mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu akan lebih murah jika kita beli
yang lebih besar, sebagai contoh, lihat harga untuk 10g bar, RM1760 =
RM176/gram.
Jangan terkejut jika melihat harga
untuk gold bar 100g, kerana ianya cuma 170/gram. Harga kedai emas sekarang
RM200/gram.
Emas 916
|
||
Kami Jual
|
Kami Beli
|
|
Rantai Tangan Melur
(RM/g) |
||
5g
|
RM 162.50
|
RM 143.00
|
10g
|
RM 160.00
|
RM 140.80
|
20g
|
RM 160.00
|
RM 140.80
|
30g
|
RM 159.00
|
RM 139.92
|
40g
|
RM 158.20
|
RM 139.22
|
50g
|
RM 156.50
|
RM 137.72
|
100g
|
RM 156.20
|
RM 137.46
|
GCP juga menjual barang kemas 999
(RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999
iaitu pasir padu,gajah padu,bunga pasir dan melur.
Harga pengedar sangat murah,ada yang
mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas
seberat 100g,anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.
Mengapa bayar lebih?
Tempahan boleh dibuat 24
jam,7 hari seminggu
3. Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.
Jika anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan
dimamah inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di
sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke
semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan
emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan
semakin meningkat.
Wang kertas semakin susut nilai
Kelebihan anda sebagai pengedar, anda
boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka untuk
mendapat stok emas dari anda. Anda sendiri mendapat kemudahan untuk menambah
stok simpanan anda secara konsisten.
4. Kos penghantaran
PERCUMA dari GCP seumur hidup
Bayangkan anda order emas hari ini, esok
sampai.
Tak perlu keluarkan duit minyak, dan
kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan. Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla
digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku
kehilangan. Setakat ini belum pernah berlaku.
5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.
Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini. Anda mendapat
pelanggan, dan mereka jauh dari anda, maka bolehlah membuat tempahan dengan
GCP, buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan. Segalanya hanya
di hujung jari.
Dalam masa yang sama, anda telah pun
menjana keuntungan secara tak langsung. Masih tak faham? Jangan risau, kami
akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan
dalam private group
6. Produk Terkini
Dari semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan
dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini. Contohnya
di bawah ini, produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini
5 gram RT emas 916 paten melur yang comel dan jongkong silver 10g, 20g, 50g, & 100g.
7. Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan
kos yang minimum seperti:
a) Mencuci
emas (percuma)
b) Mencelup
emas (kos minima)
c) Menilai
harga emas terpakai (percuma)
8. Menyediakan
modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok
emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok
emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1
transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan
menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar.
Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.
- Modal tunai disediakan untuk membeli
semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan
Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut
nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala
pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6%
daripada harga pengedar (DP) semasa.
- Modal tunai untuk membeli emas
terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan
oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar
hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh
pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.
9. Insentif
Pengedar
- Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar
baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)
Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2) Komisyen rm1.00 segram bagi
setiap pembelian oleh pengedar baru yang
diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
- Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen
rm100.00
- Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat
komisyen RM500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim
sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat
sebarang komisyen. Abu hanya mendapat
komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir
sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau
lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar
baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
10. Seminar PERCUMA
GCP menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan
seminar,segala kos ditanggung oleh GCP. Anda hanya perlu maklumkan
tempat,tarikh dan uruskan peserta, selebihnya akan diuruskan oleh GCP. CEO GCP
sendiri akan memberi talk dan penganjur diberi saguhati kerana menganjurkan
seminar.
Peruntukan juga diberi untuk banner. Anda
boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai seminar
yang dianjurkan.
Ingin design banner? Saya ada.Anda
hanya perlu ubah sedikit info sahaja.
Akan datang, akan diadakan seminar khas
untuk membantu pengedar emas.
11. Kebebasan Kewangan
Dengan menjadi pengedar
emas, anda memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai
mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas. Dalam masa
yang sama, sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara konsisten.Ini
sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .
Pengalaman sendiri, saya semakin
berjimat cermat dalam perbelanjaan, kewangan saya bertambah baik dan saya bebas
dari membuat hutang selepas menyimpan emas. Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer
emas ini, dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.
12. Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh
Malaysia, malah ada yang berada di luar negara, termasuklah di Brunei dan
London?
Group Gold Investor Club
– group ini terbuka kepada semua penyimpan dan
pengedar emas. Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas, simpanan
emas, analisis harga emas, pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam lagi.
Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas menyertai saya dan
rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak info.
Jom
sertai Gold Investor Club...
Group Rangkaian Dealer Jutawangold
- group khas untuk guide dealer dalam rangkaian ini yang telah memberi
kepercayaan memilih saya sebagai introducer. Jadi,saya mengambil inisiatif
untuk berkongsi info-info, dan juga maklumat asas di situ, selain mengeratkan
ikatan sesama rakan pengedar di mana kami selalu bantu membantu di antara satu
sama lain termasuk dalam urusan jual-beli emas.
- Bimbingan terus dari CEO
Sebaik sahaja anda menjadi pengedar
GCP, anda layak menyertai Group Pengedar GCP Seluruh Malaysia di
mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara. Anda juga
boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri, En Shamsul Anuar
Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran dan menyediakan
marketing tools free untuk para pengedarnya. Banyak faedahnya menyertai group
ini kerana segalanya menjadi mudah.
13. Kaya dan
berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda
sebenarnya membantu :
1. Diri sendiri untuk kaya dan berjaya
dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas,anda layak
membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab, juga zakat perniagaan
hasil keuntungan. Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan
ekonomi umat Islam?
2. Orang lain untuk kaya dan berjaya
dunia dan akhirat
Apabila anda mengajak orang lain
menyimpan emas, sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang
kertas yang susut nilai itu, sebaliknya menyimpan logam berharga yang
menguntungkan untuk jangka masa panjang. Lebih ramai yang menyimpan, lebih
bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya
melalui simpanan emas ini.
Lihat sahaja iklan-iklan produk
bank,kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk memperkenalkan
simpanan emas, kerana jika anda kaji sejarah wang, emas adalah wang yang
sebenar. Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?
Kesimpulannya,jangan tunggu lama-lama
untuk membuat pilihan yang terbaik.Seperti yang pernah saya katakan, tersalah
jadi dealer emas tidak apa, jangan tersalah join skim cepat miskin, MLM atau
skim piramid.Dan jangan harapkan dapat duit bulan-bulan tanpa berusaha. Anda buat,
anda dapat.
Mari sertai saya sekarang.
Anda pasti
tak menyesal.
Hubungi hotline: 013-9431679/012-9984731 @
Add saya diFaceBook: MnkKamalJutawanDinarDirham untuk keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment